Gempa bumi ialah satu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi ialah disebabkan oleh tenaga yang tersimpan dalam bumi iaitu dalam bentuk geseran batu yang tiba-tiba terlepas. Gempa bumi boleh diukur dengan menggunakan skala yang telah ditetapkan iaitu Skala Richter dan Skala Mercalli. Gempa bumi boleh menyebabkan gegaran yang kuat sehingga ke negara luar yang berdekatan dengan negara yang berlaku gempa bumi tersebut.
2. Jenis-jenis Gempa Bumi
Gempa bumi terbahagi kepada banyak jenis, antaranya ialah gempa bumi tektonik , gempa bumi vulkanik dan gempa bumi runtuhan.
Gempa bumi tektonik berlaku disebabkan oleh pelepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan yang memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga yang terhasil juga dikenali sebagai kecacatan tektonik.
Gempa bumi vulkanik pula merupakan gempa yang terjadi akibat letusan gunung berapi yang sangat kuat hingga menyebabkan berlaku getaran yang luar biasa. Gempa bumi vulkanik ini boleh menyebabkan berlakunya tsunami. Selain itu, terdapat juga
Gempa bumi runtuhan yang jarang berlaku. Gempa bumi ini terjadi kesan daripada berlakunya runtuhan pada muka bumi. Ianya hanya berlaku di kawasan batu kapur dan kawasan tempat tinggi.
3. Negara-negara rawan Gempa Bumi
Banyak negara yang telah mengalami gempa bumi yang teruk sehingga berlaku kerosakan yang teruk dan mengorbankan banyak nyawa. Antara negara yang pernah mengalmi gempa bumi yang teruk ialah India, Indonesia, Jepun dan banyak lagi. Negara kita pernah dikejutkan dengan bencana alam iaitu tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku di Lutan Hindi lepas pantai barat Acheh dan menyebabkan berlakunya ombak besar tsunami. Gempa ini menyebabkan banyak nyawa terkorban sehingga sekurang-kurangnya 182,000 orang yang telah maut. Pada 27 Mei 2006 gempa bumi tektonik telah berlaku di Yogyakarta selama 57 saat yang meragut lebih dari 650 nyawa. Gempa bumi tektonik kerap berlaku. Jepun turut mengalami gempa bumi tektonik ini iaitu pada 11 Mac 2011 di Sendai, Jepun yang disertai dengan tsunami mengakibatkan ratusan ribu penduduk Jepun mengalami rosak teruk.
4. Kesan-kesan Gempa Bumi
A. Kesan kepada Alam Sekitar
Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya tsunami yang melanda kawasan pantai. Gempa bumi yang berlaku di dasar laut boleh mewujudkan pergerakan ombak yang kuat dan akan menjadi semakin tinggi apabila memasuki kawasan yang cetek. Tolakan ombak secara berterusan di bahagian belakang di perairan yang cetek akan menjadikan ombak yang berada di hadapan tinggi. Apabila ombak tinggi secara tiba-tiba akan menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan mengundur ke laut seketika sebelum ianya melanda pantai semula dalam bentuk ombak pembinasa.
B.Kesan kepada manusia
Manusia akan turut terbias akibat daripada gempa bumi yang melanda kawasan penempatan mereka. Antara kesannya ialah, kehilangan nyawa akibat daripada keruntuhan tanah dan bangunan yang berlaku. Selain itu, manusia akan turut mengalami trauma akibat daripada gempa bumi yang berlaku, mereka akan mengalami kesan psikologi yang panjang. Mereka akan menjadi takut apabila melihat sesuatu yang berkaitan dengan gempa bumi. Di samping itu, aktiviti pertanian juga akan terjejas ekoran gempa bumi ini, tanah runtuh di kawasan cerun akan menyebabkan pertanian di kawasan tersebut terganggu dan musnah. Aktiviti perikanan turut terganggu kerana gempa bumi yang berlaku di dasar laut akan membentuk gelombang besar yang berbahaya kepada kegiatan perikanan pinggir pantai.
5. Cara-cara menyelamatkan diri dari Gempa Bumi
Banyak langkah yang boleh dipraktikkan ketika dan selepas berlaku gempa bumi ini. Sekiranya seseorang itu berada di dalam bangunan semasa gempa bumi berlaku, cara untuk menyelamatkan diri adalah dengan duduk di dalam bangunan tersebut dan mencari tempat perlindungan yang boleh menghalang daripada terkena serpihan kaca dan batu bata. Cari ruang yang membolehkan udara masuk untuk bernafas dalm keadaan bangunan runtuh di sekeliling serta jauhkan dri daripada tingkap, rak buku, atau bahan-bahan yang boleh mencederakan. Selepas gempa bumi pula seseorang itu harus bertindak dengan memberi bantuan kecemasan kepada sesiapa yang memerlukan tetapi jangan cuba menggerakkan mangsa yang cedera parah kecuali mereka di dalam keadaan berbahaya. Selain itu, memeriksa kawasan sekeliling sekiranya berlaku kebakaran dan mematikan semua bekalan elektrik tetapi jangan menyentuh pendawaian elektrik yang terendam didalam air. Yang paling penting ialah menyelamatkan kanak-kanak yang mungkin mengalami trauma akibat gempa bumi tersebut.
6. Tips-tips dalam menghadapi Gempa Bumi
A. didalam rumah
Getaran akan terasa beberapa saat. Selama jangka waktu itu, anda harus mengupayakan keselamatan diri anda dan keluarga anda. Masuklah ke bawah meja untuk melindungi tubuh anda dari jatuhan benda-benda. Jika anda tidak memiliki meja, lindungi kepala anda dengan bantal. Jika anda sedang menyalakan kompor maka matikan segera untuk mencegah terjadinya kebakaran.
B.diluar rumah
Lindungi kepala anda dan hindari benda-benda berbahaya. Di daerah perkantoran atau kawasan industri, bahaya bisa muncul dari jatuhnya kaca-kaca dan papan-papan reklame. Lindungi kepala anda dengan menggunakan tangan, tas atau apapun yang anda bawa.
C.didalam mall., di bioskop, lantai dasar
Jangan menyebabkan kepanikan atau korban dari kepanikan. Ikuti semua petunjuk dari pegawai atau satpam.
D.didalam lift
angan menggunakan lift saat terjadi gempabumi atau kebakaran. Jika anda merasakan getaran gempabumi saat berada di dalam lift, maka tekanlah semua tombol. Ketika lift berhenti, keluarlah, lihat keamanannya dan mengungsilah. Jika anda terjebak dalam lift, hubungi manajer gedung dengan menggunakan interphone jika tersedia.
E.didalam kereta api
Berpeganganlah dengan erat pada tiang sehingga anda tidak akan terjatuh seandainya kereta dihentikan secara mendadak. Bersikap tenanglah mengikuti penjelasan dari petugas kereta. Salah mengerti terhadap informasi petugas kereta atau stasiun akan mengakibatkan kepanikan.
F.didalam mobil
Saat terjadi gempabumi besar, anda akan merasa seakan-akan roda mobil anda gundul. Anda akan kehilangan kontrol terhadap mobil dan susah mengendalikannya. Jauhi persimpangan, pinggirkan mobil anda di kiri jalan dan berhentilah. Ikuti instruksi dari radio mobil. Jika harus mengungsi maka keluarlah dari mobil, biarkan mobil tak
G.Di Gunung atau Panta
Ada kemungkinan longsor terjadi dari atas gunung. Menjauhlah langsung ke tempat aman. Di pesisir pantai, bahayanya datang dari tsunami. Jika anda merasakan getaran dan tanda-tanda tsunami tampak, cepatlah mengungsi ke dataran yang tinggi.
H. Beripertolongan.
Sudah dapat diramalkan bahwa banyak orang akan cedera saat terjadi gempabumi besar. Karena petugas kesehatan dari rumah-rumah sakit akan mengalami kesulitan datang ke tempat kejadian maka bersiaplah memberikan pertolongan pertama kepada orang-orang berada di sekitar anda.
I. Evakuasi
Tempat-tempat pengungsian biasanya telah diatur oleh pemerintah daerah. Pengungsian perlu dilakukan jika kebakaran meluas akibat gempabumi. Pada prinsipnya, evakuasi dilakukan dengan berjalan kaki dibawah kawalan petugas polisi atau instansi pemerintah. Bawalah barang-barang secukupnya.
J. Dengarkan Informasi
Saat gempabumi besar terjadi, masyarakat terpukul kejiwaannya. Untuk mencegah kepanikan, penting sekali setiap orang bersikap tenang dan bertindaklah sesuai dengan informasi yang benar. Anda dapat memperoleh informasi yang benar dari pihak berwenang, polisi, atau petugas PMK. Jangan bertindak karena informasi orang yang tidak jelas.
Artikel selanjutnya : Gempa Bumi




bro ? nmpang tanya nihh , gempa skala brpa yang bisa menyebabkan atau berpotensi tsunami ??
BalasHapusKomentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapus